MINGGU 7

Assalamualaikum kawan-kawan..π terima kasih kerana masih setia dengan blog kami. π Baiklah, pada minggu ke-7 ini kami akan berkongsi lagi tentang aktiviti kami sepanjang kelas ladang berlangsung. Pada minggu ini, kami telah menuai seterusnya menjual sayur-sayur yang telah kami tanam. Lihatlah sayur-sayur yang sangat segar dan enak. π Proses menuai dan membungkus sayur: Sayur-sayur yang besar dan segar dipilih untuk dijual. Sayur yang telah dipilih dibasuh untuk membuang tanah pada akar. Proses menimbang dan membungkus sayur untuk dijual. Sayur-sayur yang telah dituai dijual dengan harga RM2.00/500g. Sayur yang telah siap dibungkus dan sedia untuk dijual. π±Sayur-sayur kami merupakan sayur organik dan tidak menggunakan sebarang racun semasa proses penanaman sayur tersebut. Disebabkan sayur kami merupakan sayuran organik dan tidak menggunakan racun serangga, terdapat beberapa pokok daripada bat...