Cara Semaian Sayuran Berdaun
π±(Bayam & Pak Choi)π±
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. π
Selamat kembali ke blog kami dan terima kasih kerana terus setia membaca info di blog kami pada setiap minggu ❤
Pada minggu ini, objektif utama kami adalah untuk menanam sayuran berdaun. Kami telah memilih sayur Bayam dan Pak Choi. Apa itu ➤Pak Choi? Mungkin juga ada yang keliru dengan Pak Choi dan Bok Choy? π΅ Untuk menghilangkan kekeliruan anda semua, bolehlah ➤tekan disini.
Bayam juga terdapat beberapa jenis dan kebaikannya. Kami telah memilih Bayam Merah untuk ditanam pada batas kami. Di bawah ini terdapat sedikit info tentang Bayam.
Sebelum memulakan kerja-kerja menanam sayur, kami telah diberikan peluang terakhir oleh tenaga pengajar untuk mengemaskan batas-batas kami. Oleh itu, kami telah menggembur semula batas kami sedalam 1 kaki, iaitu sekitar 6".
Seterusnya, bagi menghalang serangga-serangga yang bersarang di batas kami (semut π),kami perlu menyembur racun serangga (Malathion). Tujuan utama racun ini disembur adalah untuk menghalau serangga dan BUKAN untuk membunuh mereka. Semut-semut perlu dihalau bagi mengelakkan biji benih yang disemai hilang diambil mereka. π
Ants are good citizens: They place group interests first. - Clarence Day
 |
Racun Malathion |
π Racun ini bersifat panas dan mempunyai bau yang agak kuat.
Bancuhan racun ini tidak boleh disediakan mengikut sesuka hati pengguna, terdapat langkah yang betul untuk menyediakannya. Berikut adalah langkah-langkah tersebut:
 |
Langkah penyediaan bancuhan racun. |
Bancuhan yang telah siap dibancuh perlu disembur di keliling batas dan juga di atas batas bagi menghalau serangga yang ada.
 |
Aktiviti penyemburan racun dilakukan. |
!!!Selepas racun disembur, aktiviti semaian biji benih tidak boleh terus dilakukan. Ianya perlu dibiarkan sekurangkan-kurangnya satu hari. Ini adalah untuk mengelakkan biji benih daripada rosak kerana racun ini bersifat panas.
π Langkah penyemaian biji benih:
Selepas sehari batas disembur racun, batas perlu disiram terlebih dahulu bagi menyuburkan tanah kerana selepas biji benih ditanam, batas tidak perlu disiram lagi.
Ini adalah biji benih yang kami gunakan:
 |
Tempoh kematangan biji benih. |
 |
Biji benih Pak Choi |
 |
Biji benih Bayam |
π
Disebabkan biji-biji benih ini terlalu kecil dan agak sukar untuk ditanam satu persatu, biji benih ini perlu dicampur dengan pasir bagi mengelakkan percambahan biji benih menjadi terlalu padat apabila ditanam. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, anda perlu menggunakan nisbah 1:10, (1=biji benih, 10=pasir).
Untuk menanam biji benih tersebut, alur dibuat dengan jarak sekurang-kurangnya 4". Kami membuat 2 alur untuk sayur Bayam dan 2 alur untuk sayur Pak Choi.
 |
Biji benih ditabur ke dalam alur. |
Langkah terakhir adalah menutup batas bagi melindungi tanaman daripada haiwan-haiwan liar.
π Aktiviti tambahan kami pada minggu ini:
1. Mengalihkan lebihan anak pokok tomato yang digunakan semasa program STEM pada minggu lepas.
 |
Anak pokok tomato dialih ke dalam bekas lain untuk dibesarkan. |
Comments
Post a Comment