MINGGU 5
💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖
💖HIDROPONIK💖 💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖
Hai bertemu kita kembali pada minggu ini 😁, dengan tajuk yang sangat menarik untuk kami kongsikan bersama iaitu "HIDROPONIK" . Anda semua pasti tertanya-tanya apa itu yang dikatakan dengan Hidroponik.
🌿Hidroponik adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah.
🌿Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir,
batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain menggantikan tanah.
🌿Fertigasi juga merupakan salah satu daripada cabang hidroponik. Antaranya ialah :
🍀Sistem Titis Mikro
🌱 Hidroponik Aliran Dalam
🍀Hidroponik Aliran
Cetek
🌱Hidroponik statik
🍀Aeroponik
Pokok yang sesuai untuk penanaman Hidroponik adalah seperti sayur-sayuran yang berdaun seperti :
Terung 🍆
Tomato🍅
Cili🍂
Pada minggu ini, kami telah ditugaskan untuk mempraktikkan cara penanaman Hidroponik Aliran Dalam bersama-sama. Oleh yang demikian, hari ini kami akan berkongsi serba-sedikit tentang cara penanaman Hidroponik Aliran Dalam :
Bagaimanakah Cara untuk menjalankan proses Hidroponik Aliran Dalam??😮😮😮:
Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah :
☕Cawan Plastik☕
🍄Cawan bersaiz kecil
🍄Cawan hendaklah ditebuk lubang pada keliling permukaan sekurang-kurangnya 5 lubang kecil dan 3 lubang kecil di bahagian bawah cawan .
🍄Fungsi lubang yang ditebuk adalah untuk memasukkan "biochemical sponge" yang dipotong dengan saiz yang tertentu mengikut saiz lubang pada cawan bagi proses penyerapan air berlaku daripada palong.
😀Biochemical Sponge😀
🍂Span ini adalah digunakan khas untuk membuat penanaman hidroponik.
🍂Fungsi span adalah untuk proses pengairan dan penyerapan air kepada tumbuhan.
Cara Penggunaan "Biochemical Sponge" dalam penanaman Hidroponik Aliran Dalam yang kami jalankan adalah :
1. Potong span mengikut saiz lubang yang ditebuk pada cawan.
2. Potong secara memanjang dan tidak terlalu tebal.
3. Masukkan span pada setiap lubang yang ada pada cawan dengan kemas dan sama panjang supaya penyerapan air yang berlaku serata antara satu sama lain.
4. Akhir sekali, beginilah hasil selepas span dimasukkan pada lubang cawan 😀😀😀
🌿Span🌿
1. Potong span berwarna coklat ini kepada empat segi sama mengikut saiz cawan.
2. Kemudian, masukkan span ke dalam cawan tanpa memampatkannya.
🍄Batang Paip🍄
1. Batang paip dijadikan sebagai palong untuk tadahan air kepada tumbuhan yang ditanam.
2. Menggunakan Handrill untuk membuat lubang pada batang paip.
3.Pastikan cara menggunakan Handrill adalah betul untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang kemalangan.
4.Pastikan mata Handrill dalam keadaan tajam dan ketat mengikut saiz yang sama seperti cawan yang digunakan.
4. Handrill terbahagi kepada 2 iaitu:
🤔Handrill berwayar (menggunakan elektrik untuk berfungsi)
🤔Handrill yang menggunakan bateri untuk berfungsi
1. Kemudian kami diarahkan untuk mencuci palong yang yang sudah sedia ada untuk memasukkan tumbuhan penanaman Hidroponik yang baru menggunakn span.
1.Seterusnya, masukkan satu per satu cawan yang sudah siap berisikan biochemical span ke dalam lubang palong yang sudah ditebuk.
2. Letak cawan tersebut secara tersusun sehingga penuh lubang pada palong.
3. Kemudian proses pempaipan akan dibuat dan akan diisi air ke dalam palong tersebut bagi penyerapan dan tadahan air kepada tumbuhan sentiasa berjalan dngan lancar.
4. Setelah selesai tugasan tersebut kami dikehendaki menyusun Hidroponik Aliran Dalam tersebut di dalam kawasan/ rumah fertigasi.
Akhir sekali,inilah hasilnya yang dinamakan
***Hidroponik Aliran Dalam***😀
💖😀Baiklah itu sahaja perkongsian kami pada minggu ini , jumpa lagi pada minggu hadapan dan teruskan menanti kami. Selamat mencuba. Jumpa lagi 💖😀
Comments
Post a Comment