MINGGU 11
Asalamualaikum kawan - kawan π±π―π§π¦
Pada minggu ini, kami akan berkongsi lagi sedikit pengalaman yang kami perolehi daripada kelas ladang kamiππππ
Jangan lupa ikuti perkongsian kami pada minggu ini ππππ
π³ PEMBIAKAN TUMBUHAN π³
Pembiakan adalah satu proses di mana organisma π½π»π· menambah dari segi bilangan individu dan berkembang dalam peredaran masa. Tumbuh - tumbuhan akan membiak untuk memastikan kesinambungan keturunan atau induk. Pembiakan juga bertujuan untuk menyediakan sumber makanan kepada manusia π§π¦ serta haiwan ππ dan menghalang kehabisan sumber asli. Tumbuhan membiak melalui 6 kaedah iaitu:
π STOLON
π TUBER (UBI)
π° BEBAWANG
πΊ RIZOM
π· CORMS (UMBISI)
πΎ BELAHAN RUMPUN (CLUMPS)
π MENYEDIAKAN MEDIUM TANAMAN π
1. Mengambil tanah( Top Soil )
2. Mengambil tanah dengan kedalaman 4cm.
π Tanah perlu diambil 4cm dari atas kerana nutrien berada dengan kedalaman tersebut dan tanah atas hanya mengandungi mikroorganisma sahaja.
3. Memasukkan tanah kedalam pasu untuk penanaman.
ππ PEMBIAKAN BELAHAN RUMPUN ππ
Terdapat banyak jenis pokok yang hidup secara rumpun atau beranak dipangkal rumpunnya seperti pokok palma, paku pakis, serai, pandan dan banyak lagi. Pokok ini boleh dibiakkan dengan memisahkan anak - anak pokok daripada rumpunnya dan menanamnya semula.
π±LANGKAH - LANGKAH PEMBIAKAN π±
1. Memisahkan anak - anak pokok daripada rumpunnya.
2. Memotong daun tumbuhan supaya tiada bakteria yang boleh merosakkan tumbuhan semasa proses pertumbuhan pokok.
3. Jika tidak mahu daun dipotong, bahagian daun perlu diikat semasa proses penanaman. Apabila tumbuh tunas baru, ikatan tersebut boleh dibuka.
4. Tanam kedalam medium penanaman dan hendaklah ditanam separas dengan keadaan semasa hidup berumpun.
π°π° PEMBIAKAN BEBAWANG π°π°
Bebawang mempunyai batang yang pendek yang terdapat dibawah tanah dan mempunyai daun yang bersisik yang mengelilinginya.
Makanan disimpan didalam daun dan bukan batangnya. Tunas bagi bebawang terbahagi kepada dua iaitu tunas auxillary dan tunas terminal. Tunas terminal yang akan menggunakan makanan yang disimpan pada daun untuk membesar menjadi pucuk.Apabila daun pada pucuk sudah terdedah pada matahari ππ, pucuk itu sudah mampu membuat makanannya sendiri.
Makanan yang berlebihan akan dipindahkan pada batang membentuk bebawang yang baru. Contoh tumbuhan bebawang ialah bawang, bawang putih dan teratai.
πΏ LANGKAH - LANGKAH PENANAMAN πΏ
1. Potong bawang besar kepada 4 bahagian
2. Memastikan bawang dipotong mengikut empulunnya. Empulun merupakan tempat simpanan makanan untuk bawang.
3. Tanaman potongan bawang tadi kedalam medium penanaman dengan bahagian empulan berada dibawah.
πΊ PEMBIAKAN RIZOM πΊ
Rizom adalah batang yang tumbuh secara mengufuk dibawah permukaan tanah.
Batang rizom boleh menyimpan makanan dan kelihatan bersegmen kerana terdapat buku dan ruasππ
Pada rizom, terdapat tunas yang akan membesar menjadi pucuk dengan menggunakan makanan yang disimpan didalam rizom. Banyak pucuk yang boleh tumbuh pada batang rizom.
Pucuk akan mengambil makanan induk sehingga ia mampu membuat makanannya sendiri πΏπΏ
Contoh tumbuhan rizom ialah halia, kunyit, lengkuas, lalang dan banyak lagi.
πΈ LANGKAH - LANGKAH PENANAMAN πΈ
1. Potong halia mengikut arah mata tunas.
2. Tanam potongan halia dengan mata tunas terarah ke atas.
π· PEMBIAKAN CORMS (UMBISI) π·
Umbisi terdiri daripada batang yang membengkak untuk menyimpan makanan dan batangnya sentiasa berada dibawah permukaan tanah.
Ia mempunyai struktur yang sama dengan bebawang tetapi umbisi tidak menyimpan makanan didalam daun ππ Tunasnya boleh dijumpai pada daun yang bersisik yang melindungi batang itu. Tunas akan menggunakan makanan yang disimpan untuk membesar menjadi pucuk yang berdaun.Akar Adventitious akan tumbuh didasar umbsisi.

Umbisi akan mengecut apabila makanan yang disimpan digunakan. Makanan yang berlebihan pada batang akan disimpan dan membentuk umbisi yang baru. Umbsisi baru akan membesar diatas umbisi yang lama, berdekatan dengan permukaan tanah.
Akar konrtraktil akan tumbuh diantara umbisi lama dan baru. Contoh tumbuhan umbisi ialah keladi, sengkuang cina dan pokok berangan.

π PEMBIAKAN STOLON π
Batang rayap atau stolon adalah salah satu daripada contoh pembiakan vegetatif bagi tumbuhan. Batang rayap adalah organ pembiakan (batang) yang tumbuh menjalar atau mengufuk dipermukaan tanah.
Ia mempunyai buku dan ruas. Pada bukunya akan tumbuh tunas dan akar yang akan berkebang membentuk anak pokok yang baru.
Akhirnya batang rayap ini akan hancur mereput dan meninggalkan anak pokok dan terasing daripada induknya apabila anak pokok itu sudah membesar.
Contoh tumbuhan stolon ialah rumput dan strawberi πΏπ.

π PEMBIAKAN TUBER (UBI) π
Batang yang membengkak yang terdapat dibawah tanah. Tunas pada tuber dipanggil sebagai mata tunas. Tuber menyimpan makanana didalam bentuk protein dan kanji.
Tunas akan menghasilkan pucuk muda yang membesar menjadi tumbuhan yang baru. Tumbuhan yang baru dihasilkan akan menghasilkan makanan yang membuat tuber baru untuk melakukan pembiakan.
Contoh tumbuhan tuber ialah pokok kentang dan bunga dahlia

ππ SERVIS LEARNING ππ
πΉπΉPada 28 April 2018, kami telah menjalankan aktiviti sukarelawan di Kampung Orang Asli Bakar Batu sebagai Servis Learning kami untuk kursus ini. Kami telah mengajar Tok Batin dan penduduk kampung tentang cara - cara untuk menanam pokok menggunakan kaedah nutripot dan hidroponikπΉπΉ

πΈSarapan pagi sebelum bertolak ke Kampung Orang Asli Bakar BatuπΈ
πΊ Set Up sebelum program bermula πΊ
π Mengajar Tok Batin cara penanaman hidroponik π
πΏ Mengajar cara penanaman Nutripot πΏ
π» Penduduk kampung berkunjung ke Booth kami π»
π Bergambar bersama Tok Batin selepas majlis π
πΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈSEKIAN πΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈ
Comments
Post a Comment