MINGGU 12
Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan. Berjumpa lagi kita pada minggu ini π. Baiklah, blog kami pada minggu ini adalah berkisahkan tentang cara penanaman pokok dengan menggunakan kaedah tut atau markot. Apa itu tut???? Jom saya terangkan π.
Pertama sekali, saya akan terangkan tentang tujuan dan kebaikan kaedah tut ini.
- Kaedah ini digunakan untuk mengekalkan kualiti dan variti tanaman sebanyak 100% terutamanya tumbesaran saiz buah.
- Kaedah ini merupakan kaedah yang mudah serta bahannya lebih mudah untuk dibawa. Contohnya, pokok balak.
- Kaedah ini dapat memanjangkan jangka hayat untuk proses pertumbuhan tanaman.
- Memudahkan gerak kerja.
- Kaedah ini juga merupakan salah satu bahan pembiakan dalam skala yang kecil.
BAHAN-BAHAN DAN PERALATAN YANG DIPERLUKAN π§:
LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT TUT/MARKOT π±:
***pembiakan pokok menggunakan kaedah ini perlu dilakukan ketika cuaca tidak begitu panas bagi mengelakkan air di dalam kambium batang tumbuhan tersejat.
- Pokok (bahan tanaman) yang dipilih perlulah sihat, batang yang tidak berkulat, batang perlulah menghala 90 darjah ke atas.
- Menyediakan medium tanaman (tanah).
Tanah ini perlulah mempunyai kelembapan sebanyak 40% atau 50%. Cukuplah sekadar bebola tanah ini tidak merekah dan mudah pecah.
- Membuat kelaran pada dahan pokok.
- Mengikis kambium pada dahan pokok.
- Meletakkan hormon penggalak akar pada bahagian atas kelaran dibuat.
Hormon penggalak akar ini perlu disapu pada bahagian atas sahaja.
- Meletakkan medium tanaman (tanah) pada bahagian dahan yang dikelar.
- Membalut tut yang dibuat dengan menggunakan plastik lutsinar. Tujuan plastik lutsinar ini digunakan adalah supaya kita dapat melihat proses pertumbuhan akar pada pokok tersebut dan dapat menjangka masa yang sesuai untuk dipindahkan.
![]() |
Tut yang telah siap dibuat. |
INFO TAMBAHAN:
- Saiz tanah perlu mengikut kesesuaian saiz dahan pokok. Jika terlalu besar, dahan pokok akan patah kerana tanah terlalu berat dan tidak dapat ditampung.
- Bahan lain yang boleh digunakan untuk kaedah ini:
Jeffy Palate
Ianya boleh didapati di kedai-kedai dengan harga RM0.30 setiap satu.
Comments
Post a Comment