MINGGU 13

Assalamualaikum dan Hai πŸ˜‰





Bertemu kita sekali lagi pada minggu ini πŸ˜ƒ bersedia untuk mempelajari ilmu perladangan🌱 yang baru? Kami akan kongsikan mengenai Racun Organik dan sedikit penambahan mengenai Sistem Sokongan


RACUN ORGANIK ?

πŸ”Ž Cara terbaik melindungi tanaman dari serangan makhluk perosak adalah mengawal atau penyelenggaraan. 

makhluk perosak : koya , semut , ulat bulu


 


πŸ”Ž Jimat Kos.

πŸ”Ž Hasil tanaman organik dan tidak tercemar dengan bahan kimia.




     CARA CARA UNTUK MENGHASILKAN RACUN ORGANIK


     BAHAN A                             BAHAN B

πŸ€ 6 biji cili                       πŸ€ 1 sudu sabun pencuci baju.
πŸ€ 1 labu bawang putih               πŸ€ 1 sudu cuka makan
πŸ€ Air ( 500ml )


ALATπŸ”ͺ

1. Pisau
2. Pengisar
3. Penapis


CARA PENYEDIAAN

1. Kupas dan potong bahan A (kecil) dengan mengunakan pisau. 


   


2. Masukkan bahan yang telah dipotong kedalam pengisar dan masukkan air sebanyak 200ml. Kisar bahan tersebut sehingga hancur dan sebati.


     


3.  Tapis bahan tersebut dan masukkan kedalam bekas kosong

 


4. Tambahkan air sebanyak 500ml kedalam bekas yang mengandungi pati A ( Bahan A yang telah dikisar)  bagi mencairkan pati tersebut. 


5. Masukkan 1 sudu bahan pencuci dan  kemudian 1 sudu cuka ke dalam bekas pati tersebut. Kacau dengan rata.


    


6. Masukkan pati tersebut ke dalam bekas penyembur dan ianya sedia untuk digunakan.


           

         Sembur racun organik pada tumbuhan dengan kadar yang mencukupi


🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼


Seterusnya kami meneruskan tugasan kami dengan menambah baik sistem sokongan di sistem fertigasi. Hal ini bertujuan untuk menyokong tumbuhan yang berbuah berat seperti tomato, terung, dan labu.  







🌳Tali rafia diletakkan di 2 bahagian ( kiri dan kanan ) sepanjang sistem fertigasi mengikut ketinggian yang sesuai .




🌳Selitkan tumbuhan diantara 2 tali rafia tersebut.



🌳Ikat tali rafia yang berukuruan 3cm pada tumbuhan tersebut. Ianya bertindak sebagai penyokong untuk mengelakkan dahan / batang tumbuhan itu jatuh seperti ditunjukkan dalam Gambar A



GAMBAR A




Baiklah itu sahaja ilmu yang dapat dikongsikan pada minggu ini dan kami berharap para pembaca berpuas hati dengan info - info yang telah dikongsikan. Jumpa lagi pada minggu hadapanπŸ‘€✌


Comments

Popular posts from this blog

MINGGU 5

MINGGU 11

MINGGU 10