MINGGU 2

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua 😊😊😊😊

Kami ingin berkongsikan lagi sedikit sebanyak ilmu yang kami pelajari diladang pada minggu ini. Harap pembaca-pembaca semua enjoy πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Pada minggu ini kami dapat belajar 4 perkara baru seperti:

1. Menggembur tanah menggunkan mini traktor.
2. Membersihkan rumah hijau.
3. Menyediakan medium tanaman untuk program STEM (Sciences Technology Education Mathematic)
4. Membuat bekas tanaman untuk Program STEM(tugasan sampingan)


Menggembur Tanah Menggunakan Mini Traktor.

Untuk pengetahuan semua, mini traktor merupakan salah satu mesin yang membantu petani-petani diluar sana untuk menggembur tanah jika tidak mahu menggembur secara manual  iaitu menggunakan cangkul.

Bahagian-bahagian pada mini traktor dan fungsinya:



1. Memastikan butang minyak dihidupkn sebelum menggunakan mini traktor. Apabila tugas menggembur hampir selesai, tukarkan butang minyak ke arah empty supaya minyak tidak overflow. Jika minyak overflow, mini traktor akan sukar dihidupkan.
2. Butang choke/run ditarik ke arah choke. Apabila mini traktor telah dihidupkan, barulah menukar dari choke ke butang run.
3. Menarik starter sekuat hati untuk menghidupkn mini traktor. Jika menarik starter  secara perlahan, kemungkinan mesin untuk hidup adalah sangat minima.

4. Menekan pemegang pada bahagian atas jika hendak menggerakkan mini traktor kehadapan dan menekan pemegang pada bahagian atas untuk mengundurkan mini traktor ke belakang.

Cara-cara mengendalikan mini traktor:


1. Memastikan mini traktor telah hidupkan
2. Mengangkat sedikit mini traktor.
3. Menekan pemegang pada bahagian atas untuk menggerakkan mini traktor kehadapan.
4. Menurunkan mini traktor secara perlahan-lahan ke tanah untuk menggelakkan mesin bergerak laju ke hadapan.
5. Setelah mesin berada dalam keadaan selesa, gerakkan mesn ke kiri dan ke kanan secara sistematik supaya tanah digembur dengan sekata.
6. Menggerakkan mesin secara perlahan-perlahan kehadapan supaya kesemua tanah dapat digembur dengan sekata.
7. Ulang langkah 1-6 sebanyak 2 atau 3 kali untuk memastikan tanah digembur mengikut kedalaman yang diinginkan.

Membersihkan Rumah Hijau

Kami juga ditugaskan untuk membersihkan rumah hijau bagi tujuan fertigasi penanaman.

Sebelum pembersihan:

Selepas pembersihan:



Menyediakan Medium Semaian Untuk Program STEM

Kami ditugaskan untuk menyediakan medium semaian mengikut nisbah 2.1.1. 2.1.1 mewakili 2 untuk tanah 1 untuk bahan organik(tinja) dan 1 untuk pasir. Kami menggunakan medium 2.1.1 kerana menyediakan medium dalam kuantiti yang banyak.

Cara-cara menyediakan medium semaian:

1. Tanah biasa

2. Tanah dan pasir

3. Tanah dan pasir yang telah dicampur

4. Tanah + pasir + bahan organik(tinja)


5. Medium yang telah siap dicampurkan mengikut nisbah 2.1.1.



Membuat Bekas Tanaman Untuk Program STEM(Tugasan Sampingan)

Kami ditugaskan untuk menyediakan bekas tanaman untuk Program STEM dengan menggunakan cawan plastik dan tali.



Setakat ini dahulu perkongsian kami untuk minggu ini. Kami akan berkongsi lagi ilmu pada minggu hadapan. Nantikan kehadiran kami. Byebye πŸ‘‹πŸ‘‹πŸ‘‹πŸ‘‹ 

Assalammualaikum WBT πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰












Comments

Popular posts from this blog

MINGGU 5

MINGGU 11

MINGGU 10