MINGGU 1
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Selamat Datang ke blog kamiπ,
Blog ini akan digerakkan oleh 4 orang pelajar secara berkumpulan iaitu Kamarul Esariza , Nurizyanti , Norsariyah dan Nor Amirah π§π§π§π§.
πΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊ
Pada minggu pertama, kami pelajar jurusan Ijazah Pendidikan serta Teknologi (Kemahiran Hidup) melawat ladang falkulti pendidikan. Kami diberi pelbagai penerangan tentang peraturan ladang dan berkenalan dengan tenaga pengajar diketuai oleh Dr.Husna.
Pengajar ;
- Pn.Salina
- En.Faris
- Abang Hipni
Seterusnya, kami diberi tugasan pertama oleh Pn. salina iaitu;
π±MENGEMBUR TANAH DAN MEMBUAT BATASπ±
Tugasan kami ialah mengembur tanah dan membuat batas untuk penyemaian biji benih berbuah untuk tanaman di atas batas. Setiap pelajar diberikan 1 petak batas yang telah diusahakan oleh pelajar senior semester yang lalu. Kami dikehendaki membersihkan rumpai, mengembur tanah dan membaja tanah tersebut dengan mengunakan baja CIRP dan baja NPK untuk mendapatkan batas yang sempurna.
![]() |
Batas yang belum dibersihkan. |
![]() |
Membuang dan membersihkan rumpai / tanaman mengunakan cangkul. |
Selepas kerja membersihan selesai, tabur baja CIRP (Chirstmas Island Rock Phospate) secara rata sebanyak 3 bekas penuh dan gembur tanah tersebut dengan sempurna.
![]() |
Baja CIRP. |
![]() |
Baja CIRP ditabur secara rata. |
Setelah selesai langkah tersebut, tabur baja NPK (Nitrogen,Phosphorus,Kalium) sebanyak 3 bekas kecil dan gembur tanah tersebut secara rata.
![]() |
Baja NPK ditabur secara rata. |
![]() |
Tanah yang telah digembur secara rata. |
π·PENYEMAIAN BIJI BENIH BERBUAH UNTUK AKTIVITI STEMπ·
Kami diberikan taklimat dan penerangan tentang jenis biji benih berbuah seperti tomato, timun dan cara untuk menyemai biji benih berbuah untuk aktiviti STEM. Aktiviti Stem merupakan aktiviti wajib falkulti pendidikan.Oleh itu kami diberi tanggungjawab untuk menyiapkan tugas yang telah diberikan.
Langkah- langkah penyemaian biji benih berbuah (Tomato);
- Sediakan medium (sabut kelapa yang telah dikisar dan dibasahkan).
2. Sediakan kan tray semaian dan masukkan medium ke dalam tray semaian tersebut. Memastikan medium yang telah dimasukkan tidak terlalu padat untuk memudahkan akar biji benih tomato memnembusi medium.
3. Membuat lubang kecil pada medium semaian untuk memasukkan biji benih tomato. Memadai lubang tersebut sebesar jari atau kayu kecil dan hanya 1 biji benih untuk satu lubang untuk mengelakkan persaingan antara biji benih.
4. Menutup lubang yang telah dibuat dengan medium semaian.
5. Memastikan medium semaian dalam keadaan lembab setiap masa.
Baiklah, itu sahaja untuk minggu ini , jumpa minggu hadapan. Byeππ
Comments
Post a Comment